Wednesday, February 5, 2014

Dia, Maha Pengampun.

Assalammualaikum wbt.

Izinkan saya menyapa bicara, umpama rama-rama keluar daripada kepompongnya. Moga menjadi manfaat bersama. Diri ini manusia biasa yang mahu terus berubah dan berubah menjadi lebih baik. Biar jatuh beribu kali asalkan tak jemu untuk bangun. Biar dihentam seribu dugaan, ingatlah dugaan datang dengan kasih sayangNya. Semakin seorang hamba diuji, semakin besar kasih sayang Pencipta untuk hambaNya. Jadi,bersabarlah.

Allah tidak pernah menolak permohonan maaf dari hambaNya. Mahu bukti?

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-hambaNya. Cuma kita sebagai hamba lupa ada As-Sami', Al- Bashiir yang sentiasa mahu mendengar dan menerima rintihan dan tangisan kita. Believe in Him. He is always there for us. 

Saya, awak dan kita manusia biasa. Hamba yang selalu berbuat kesalahan. Berkali jatuh , seringkali lupa. Cuma, jangan pernah jemu meminta keampunan dariNya , Dia selalu menerima kerana Dialah Maha Pengampun dan Penerima taubat hamba-hambaNya. 

Sekian, wasalam.

Lots of Love, Iyda Ikhlas
Ikhlaskan hatimu, bebaskan jiwamu.

No comments:

Post a Comment