Thursday, December 18, 2014

Bismillahirahmanirahim.

HATI YANG SEPERTI AIS YANG TAK MAHU CAIR.

Hati itu cantik. Dia yang merasa , dia yang mencinta , dia yang menyayangi. Tapi bila dia mula senyap. Diri akan mula rindu pada dia si Hati yang selalu berbicara.

Hati itu punca semuanya. Bila hati mula mati, diri takkan hidup dengan sebenar-benar hidup. Kerana fatwa itu datang dari hati.

Wahai hati-hati yang merindu, bangkitlah ! Kerana banyak masih menanti, banyak yang menunggu.

Senyumlah kembali wahai hati. Menangislah wahai hati. Aku rindu itu. :'(

Tuesday, March 4, 2014

Ada ubi ada batas...

Assalammualaikum wbt,

Madah bicara orang orang tua banyak hikmahnya rupanya, mungkin kerana hirup udara dan makan garam dulu sebelum kita. Diam-diam ubi berisi. Walaupun diam namun dalam hati, tetap berzikir. Berzikir bagaimana? Sentiasa mengingat Dia yang Maha Kuasa yang menciptakan segalanya. Biar diam tapi berisi, jangan bising umpama tin kosong tidak terisi. Kuat bunyinya kerana tiada isinya. Madah kata cantik maksudnya, sampaikan pesan dalam kiasan. Kerana apa, beruntung bagi siapa yang berfikir. Ada sebuah kitab cinta dari Dia yang Maha Agung, titipkan kasih cintaNya dengan memberi perumpamaan untuk manusia supaya berfikir. Itu tujuan manusia diberikan akal. Seperti ayat ini,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung , pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.

( Al-Hasyr : 21)

Maka, manusia. Berfikirlah.

Itu titipan cinta Tuhan Maha Kuasa. Tiada kata secantik titipan Dia yang Maha Mencipta.

Jauh kaki melangkah, luas mata memandang. Jika buka hati dan buka minda, pasti banyak hikmahnya. Cuma, jangan jalan mendabik dada. Cuma, jangan malu bertanya. Cuma, jangan sombong bila punya.


kadang kadang manusia suka mendongak bila berupaya,
lupa ketika lemah tak berdaya,
ada TUHAN yang bantu bangkit semula,
kadang manusia bila berbudi, minta dibalas
walau hanya secebis penghargaan,
lupa , Yang Maha Kaya tak pernah minta bayaran untuk secebis nafas,
pernah kau berterima kasih padaNya?
Dongaklah manusia untuk lihat sekerdil apa dirimu didunia, jangan lupa nafasmu itu tidak engkau punya.

Manusia,
Jangan tanam ubi bina batas, jangan berbudi jika minta dibalas.

Sekian buat kali ini.Wasalam.

 Moga rahmat Dia Maha Esa sentiasa bersama kita,
Lots of love, Iyda Ikhlas
Ikhlaskan hatimu, bebaskan jiwamu.




Cerita Semalam , Kelmarin dan Hari hari sebelumnya.

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah, masyaAllah. Nice to be back here again.Lama tak menulis, rasa rindu pada Deenul Hasanah. For the previous moment yang tak dapat nak menulis, I have been so busy with exams actually. One week before exam, we have to undergoes an audit interview. Its the major busy week for us. me and my coursemate. Then, diteruskan pula kehidupan dengan "Ujian dunia". Kaki dan tangan terus melangkah melakukan tugasnya. Jangan kata ujian duniawi tak penting, tanpa ujian duniawi manakan dapat ukhrawi. Dunia jambatan ke kehidupan abadi. Dunia di tangan, Allah di hati. Hanya itu yang Hakiki. Moga selamat dunia dan akhirat.

Photo jasa En.Google

 May Allah ease for my last paper for me. The toughest paper of all. Immunohaematology. Moga Allah bantu dan permudahkan segalanya. Aammiin.. Kerana berehat dari study, updatelah Ad-Deenul Hasanah ini dulu. Thats all, for this post. ^_^

Lots of love, Iyda Ikhlas
Ikhlaskan hatimu, bebaskan jiwamu.

Thursday, February 6, 2014

Yesterday story . 6th of February.

Assalammualaikum wbt.

May the bless of Allah is always, In Syaa Allah. Moga Allah menurunkan sebanyak-banyaknya rahmat untuk kita . Berterima kasihlah atas nafas yang diberikan untuk hari ini, belum tentu 5 minit lagi nafas itu masih milik kita.

Yesterday story, Iyda dan sis housemate turun KL untuk cari few things. First destination was Central Market that was built 1888. Lama tak jejak kaki ke sana. When my schooling days, it was our " One Stop Center" . Kerana suasana yang tidak begitu bising, we always hang out at their food court, untuk apa? For study, lepak, spend time there. It was nice place though. Sesampai disana, we walk thru all the shops and a fish spa caught our eyes. So, my sis housemate decides to do it. As for me, Iyda sangat geli. I am super afraid, akibat kegelian mati ikan-ikan tu nanti. huhu.. This are of the photos we took.


                                



Kerana takut kegelian, Iyda hanya mampu melihat. For the fees, its only RM10 for 15 minutes. For me its okay for first try. Kerana kegawatan " ekonomi" , keadaan barang-barang yang naik harga.. We, women kena berjimat cermat. As I know, ikan-ikan tu makan dead cell of the feet. Pandai ikan-ikan tu cari dead cells. Ciptaan Allah SWT, kan. Tiada yang tidak sempurna. Subhanallah. We go on searching after the fish spa, Iyda found what Iyda cari. Customize it a little bit, for adik. Hope the girl likes it. It is a simple watch that I customize to beautify it. And , it caught my eyes too. If anyone, just want me to find a present of gift and customize it. Let me know. Budget? Reasonable and hard to find above RM100. My adik say, " Nice and reasonable, tak sangka akak boleh dapat this watch under RM50," . IF there is a will, there is a way, right?

Ok, that's it for now. Will be updating, soon. ^_^

May the bless of Allah with us,
Lots of Love, Iyda Ikhlas
Ikhlaskan hatimu, Bebaskan jiwamu.

Wednesday, February 5, 2014

Silence is Better.




SILENCE

Assalammualaikum wbt.

May the bless of Allah is always with us today, tomorrow and forever. Silent is better . When words is no better, silence is the best answer. Silent means someone is thinking, let them be. Because silence can make a person free. Free of all about they stuck of. Silence may be hard, but in most time silence saves the situation. Choose the silence. Peace and safe. I , truly understand your silent. I, will be here waiting for you again talk to me. There is time for everything. I believe. 

So, feel free to SILENT.. Shhh, as the shhh make you serenity. But, silence cannot remains forever. 

I am here, waiting. 

Lots of love, Iyda Ikhlas,
Sincere the heart, free the soul. 



Colours of life.



Assalammualaikum wbt.

Again, I am here. Colours are created to make our life beautiful , colourful. Either dull or bright. The choices is in our hands. There are circumstances we do not expect to happen , but it still happen.. eventually splash colour in our life. Whether it is pink, orange, blue or red. It colours our life. We do not need rainbow in all times, but splash of colours in our life creates rainbow for our life. Thankful and always be grateful.

May Allah bless us all,
Lots of love, Iyda Ikhlas.
Sincere the heart,free the soul.


Dia, Maha Pengampun.

Assalammualaikum wbt.

Izinkan saya menyapa bicara, umpama rama-rama keluar daripada kepompongnya. Moga menjadi manfaat bersama. Diri ini manusia biasa yang mahu terus berubah dan berubah menjadi lebih baik. Biar jatuh beribu kali asalkan tak jemu untuk bangun. Biar dihentam seribu dugaan, ingatlah dugaan datang dengan kasih sayangNya. Semakin seorang hamba diuji, semakin besar kasih sayang Pencipta untuk hambaNya. Jadi,bersabarlah.

Allah tidak pernah menolak permohonan maaf dari hambaNya. Mahu bukti?

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-hambaNya. Cuma kita sebagai hamba lupa ada As-Sami', Al- Bashiir yang sentiasa mahu mendengar dan menerima rintihan dan tangisan kita. Believe in Him. He is always there for us. 

Saya, awak dan kita manusia biasa. Hamba yang selalu berbuat kesalahan. Berkali jatuh , seringkali lupa. Cuma, jangan pernah jemu meminta keampunan dariNya , Dia selalu menerima kerana Dialah Maha Pengampun dan Penerima taubat hamba-hambaNya. 

Sekian, wasalam.

Lots of Love, Iyda Ikhlas
Ikhlaskan hatimu, bebaskan jiwamu.